Tuesday, November 22, 2011

MALAYSIA :D

Alhamdulillah, syukur terhadap ilahi kerana malaysia telah menjadi juara dalam bola sepak pada 21/11/11 di stadium gelora bung karno ,indonesia, dengan beribu-ribuan penonton menyaksikan perlawan akhir bola sepak antara indonesia dan malaysia . Pada mulanya, agak gemuruh juga apabila tuan rumah iaitu indonesia dapat menjaringkan gol pada minit ke-8 macam tu lah , dan kemudian-nya, malaysia dengan semangat dan tidak berputus asa lalu mencari jaringan persamaan iaitu dengan malaysia 1-1 indonesia . sehingga ke minit terakhir kedua-dua pasukan tidak dapat menjaringkan gol maka pengadil telah menambahkan masa bagi kedua-dua pasukan untuk menambahkan mata untuk kedua-dua pasukan .

apabila kedua-dua pasukan tidak dapat menambahkan mata ,jaringan gol , maka dengan itu , pengadil membuat keputusan untuk membuat jaringan penalti , agak gugub juga lah , sebab takot kan malaysia tidak dapat jaringkan gol . dan kemudiannya indonesia tidak dapat menyempurnakan sepakan kerana penjaga gol malaysia khairul fahmie, telah dapat membaca sepakkan beliau. dan satu lagi sepakan gol terkena tiang gol . bagi malaysia , satu sepakan dapat di selamatkan oleh penjaga gol indonesia apabila fakhri shaari menendang bola dengan agak lemah *takpe takpe , sebab fakhri gak kite dapat masuk final thank you fakhri :) .

saya begitu berbangga dengan pencapaian 'abang-abang' skuad harimau muda , pehhh hebat ni siut . pehhh , boleh buat karangan aku ni :DD . gune ayat skema ni . takpe nak belatih for next year SPM candidates . weh weh aku minat izzad, baddrol, muslim, faiz , yong , dan yg lain-lain . hahah . dah ar , apapon-apapon MALAYSIA BOLEH !! proud be a malaysian :D dan kite dapat mengumpul 59 emas 50 gangsa dan 81 perak keselurahan 190. walaupun tidak dapat mengalahkan tuan rumah tapi malaysia tetap hebat . malam tu jugak kat chowkit ni bising & siap buat firework & jerit jerit bising gile :D

No comments:

Post a Comment