Thursday, February 27, 2014

RINDU :'(

Assalamualaikum korang korang :) okay hari ni malam yang sunyi dan sejuk ni pluss dengan besok takde class plus dengan lagu yang sedih plus aku mengantuk tapi masih nak menaip untuk luahkan isi hati aku yang rasa cam nak pecah bila dok simpan kan :'( hmmm. aku homesick gila weh. tak tahu nak cakap macam mana bila rindu sangat sangat kat orang yg kat KL tu. bukan bf aku je aku rindu tu tu jalan TAR, Times square, SOGO, dan tempat tempat aku selalu pergi laa. serious weh bila aku baring je selalu teringat kat tempat tempat macam ni laa.

Baru sekarang aku tahu ape itu erti 'HOMESICK' tu laa sebelum ni cakap kat orang apa rasa homesick kan. amek ko sekarang dah jadi kat batang hidung sendiri, bukan batang je tu lubang hidung kau pon kena sekali. see bila aku terlalu rindu kan rumah aku, mula laa nak merepek macam macam. pastu mula laa pasang lagu jiwang pastu menangis sengsorang. selalu dah macam ni bila kena berpisah dgn family, walau dekat mana pon aku kena tinggal, still menangis cam sekarang ni. hmmm nak balik KL !! nak balik KL !! kat sini aku dah bosan, tak buat ape pon, :'( aku rindukan ma, abah, pero, jang, siti, jaja, maliza, fakrol, and saerah, adam gn ecah. rindu nak gadoh gadoh, gelak sesama, bising kat rumah, menari, melayan perasaan ramai ramai bukak THR/sinar.fm kat TV pastu nyanyi ramai sampai abah keluar suruh masuk tidur :'( rindu tu semua. kawan kawan semua aku rindu class 5 Cita laa terutama sekali, jiejah gila yang selalu layan aku ni. ohhh farana yang busy nak final pastu dia bebas dah. hmmm fitrah pon rindu nak menggila dgn ko, selalu fikir pasal benda yang mengarut. hmmm aku nak sangat putar balik masa ketika aku form 4 & 5 .

yang pasti Sila buat final exam kau sehabis baik tau. lawan malas kau tu. lawan mengantuk kau tu. lawan semuanya, kejar pointer macam jaja cakap. kejar sampai sem 6 lepas tu kalau ko dapat pointer tinggi nak kerja kat KL pon aku boleh. time tu kau lepaskan rindu kau lama lama tau. sekarang ni fikir untuk sekarang, jangan dok terbayangkan masa depan, ko tu dah pemalas so fikir buat betul betul sekarang. jangan nak terbayang kalau ko tak buat ape-ape pastu nak pointer tinggi. so pls study hard and smart okay hihihi, okay laa rasa dah macam boleh shut down laptop. sbb dah pukul 1 ni. besok gerenti payah nak bangun kan. so i'm off first. bye yum assalamualaikum :')

Tuesday, February 18, 2014

:)

Assalamualaikum :) hyee lama kan tak update blog, yelah aku ni kan atas gunung plus dalam hutan, mana nak dapat line yang laju seperti di rumahkan. heheh. hari ni nak cerita pasal badan aku ni haaa. eeeiiiii dah besar sikit dr dulu. dulu keping wehh, sekarang ko tengok kembang dah kot. nak tahu ke berat aku ? hmm agak agak berapa ? tpi maintain slim lagi kan. ehemm actually aku tak check lagi, malu laa nak check. kalau org tanya aku main hentam jee berapa berat aku, tapi hmm, cer tengok tembam sana tembam sini, cuma satu je tak berapa nak tembam jari aku, haha maintain gemok dia tu, kihkih. pipi tak yah cakap tembam cm ape je.

nak cakap bahagia duduk sini pon tak, selalu jee rasa nak balik rumah. entah laa. maybe stress kot. cewahh dah pandai stress stress tau. ko hado ? mesti la ado kan, hahha *punch line tak kena =.=" muka memang dah hitam laa kalau hari hari kena panas, bak kata ustaz musim summer kan, summer sangat -__-" muka aku hitam :( kulit menjadi tidak sekata :( tangan putih dr muka. sodih sodih uhuk uhuk. haaaa, quiz semua alhamdulillah aku boleh jawap, tapi takot final doe, but at the same time tak sabar nak cuti sem habaq hang, ehhh ! terkeluar bahasa utara plak, hahah tak yah cakap laa bahasa utara, teroxx siot aku cakap. 

kawan kawan kat sini so far okay laa, so far okay so far, tak cakap bagus ke ape. so far baru. hehe sebab tak paham peragai masing masing lagi. awal baru lagi kan, alhamdulillah kalau dorang okay aku pon okay, just stay for 2 years and half kot. rasa nye laa, sebab tak sampai 3 tahun pon duduk sini. hehe. okay laa rasa nye cukup laa aku cerita serba serbi sikit pasal diri ku yang sudah kembang ni :( uhuk uhuk thank you bye yum assalamualaikum :)