*gambar memang tak ada kena mengena dengan topik:)
assalamualaikum pembaca ?
hey yo ? sebelum itu aku nak ucapkan tahniah kepada warga 1994 kerana telah membanggakan sekolah SMKPW dan memperolehi A dalam SPM baru-baru ini :). semalam, bila mendengar je keputusan SPM aku rasa mcm 'wahhh hebatnya akak tahun lepas, kan best kalau aku pon macam tu' serious kot dorang sangat HEBAT, bagi pendapat aku lahhh.
Sebenarnya bukan pasal SPM tahun lepas ni nak cerita pasal guaaa :). harap-harap cerita wa ni tak buat lu orang mengantuk baca blog wa okay ? okay tadi semua tingkatan 5 di himpunkan di dewan SMKPW untuk mendengar cara-cara untuk belajar & berjaya dari kakak-kakak tahun lepas yang memperolehi 9A dalam SPM iaitu akak erliza erwin & akak sue *tak ingt nama pjg akk sue ni :). apa yang dikatakan oleh akk erliza & akk sue aku rasa sangat membantu bagi aku. dan memberi semangat sebab addmath memang kene buat hari-hari, ni tak buat addmath kalau ade homework jee, hahah , alahaiii kantoi cara belajar waa.
kemudian, sesi soal jawab, ramai jugalah yang bertanya. kat situlahh kita orang boleh tahu kat mana salah kite orang semua. pastu cara akak-akak tu belajar semualah, tp yang aku ingt soalan aku bagi kt akak erliza ialah 'mcm mana akak bahagikan masa utk keluar then balik tu kena study ?' akak tu jawab : akak tu akan keluar kalau ade cuti panjang jee, then kalau nak hang out juga akak tu akan keluar dekat-dekat gn kawasan yang dia pergi je. tp sekejab jee, online pon sama akak tu akan online sekejab jee.
Tadi bila dengar akak-akak tu cakap rasa bersemangat gila nak belajar, even aku takde homewrok malam ni sebab aku dah siapkan, so malam ni nak study addmath gan aturkan jadual. besok or minggu hadapan aku,farana,anis,aisyah, and atikah abuzar akan buat study group harap-harap bila kita orang buat study group ni, adalah meningkatan kat exam insyALLAH :). dan insyALLAH juga aku akan kurangkan bende-bende yang patut aku kurangkan . insyALLAH, okaylah apa-apapun doakan aku supaya SPM aku terbaik & apa yang aku harapkan dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T :) amin~