Sunday, August 19, 2012

RAYA =)

Assalamualaikum ? hello ? annyeonghaseyo ? moshi-moshi ? hari ni ,hari first syawal so tamat sudah bulan ramadhan bulan penuh dengan kerberkatan. agak sedih nak tinggalkan bulan Ramadhan sebab tak dapat pergi terawih even aku banyak tertinggal, tak dapat nak dengar ayat-ayat yang dibaca oleh imam mekah dekat masjid kg baru ni & yang paling buat hati aku dudap dudap hehehe budak tahfiz yang imam kan surau bomba ni lah, heheh, gatal bebenor ambo ni, ngee .

bukan gatal actually, just suka tengok muka dia walaupun aku tak boleh bertentangan mata dengan dia, yelahh malu kot plus kitakan perempuan takkan nak tatap dia lama-lama, pandang sekilas mata pun dah cukup dan memadainya :) .okay okay cerita pasal raya, tahun ni family aku tak beraya dekat kampung sebab abah aku tak dapat cuti , insyAllah tahun depan dapat , dia macam bergilir-gilirlah tahun ni tak dapat cuti tahun depan dapat cuti dan sebaliknyaa.

malam raya , macam biasalah tolong ma aku bersihkan ruang tamu. ponat hoiiiii ! dahlah petang tu baru balik dari shopping raya, memang tegang otot betis ni . dah siap tolong ma aku bagai dalam pukul 4:00pagi masuk tidur sebab nak relaxkan otot. bangun tidur dalam pukul 8:00pagi sebab abang-abang aku kecoh awal pagi raya tu, aku pon tak boleh tahan dengar dorang memekak so bangun jelah jawapannya plus time tu dengar takbir raya memang syahdu je dengar . gosok jubah ma aku, tudung semua tengok tv , tunggu turn mandi barulah pakai baju raya , hehe .

Awal-awal pagi lagi, dah ada orang datang . tak boleh ke tunggu tengah hari sikit , takdelah pagi sangat just lepas orang sembahyang raya , dah lah belum set up macam-macam lagi, nasi impit belum potong , ais batu belum beli lagi , nasi tak hidang . memang awal lah dorang datang. tapi yang datang pun orang bujang yang kerja bomba , so abah aku kesian tengok diorang sebab tu ajak diorang makan tu . dahtu datang bukan main ramai pulak tu , malu aku . bila nak pergi tolong ma aku hidang lauk pauk , ada pulak lelaki yang wa rasa sangat familiar sambil pandang wa . wa pon malu ar , alamakk sekali paan ar . untuk cover malu kita buat cool je, hahah . pastu dorang lepak-ing dekat depan TV layan cerita 'takde lembu takde raya' lebih kurang macam tulah tajuk dia. yang si paan tu pulak elok aku nak kemas meja dia boleh duduk situ pulak . tak pe tak pe tak payah kemas . hahah :DD , dah pukul 10:00 pagi lebih dorang pon nak balik, hehe hmm , agak-agaknya baju raya paan warna ape eh ? hehe , dah lah baju raya aku dengan nazim othman & IM Naufal tak sama. sodih sayaa T_T .

First raya ni dorang jelah yang datang , yang lain tak datang . ramai balik kampung kalau tak rumah aku lah jadi buruan orang ramai sebab dorang just nak makan nasi dagang jeee. haha . yelah mak akukan berasal dari terengganu so ramai yang nak makan makanan terengganu. aku pun tak tahu kenapa dorang suka sangat nasi dagang ni . hari tu ma aku jual taknak beli, bile free nak pulak , hadehhh . bytheway aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin muslimat di seluruh negara dan kepada kawan-kawan aku , maafkan aku kalau aku ade buat korang terasa bagai & halalkan ape-ape yang aku ter-ambil dari korang , duit ke . Assalamualaikum :)
*taqabalAllahu wa minkum taqbal ya karim. Amin~

Wednesday, August 8, 2012

terima kasih

assalamualaikum ? hari ini aku dapat tafsir Al-Quran sumbangan dari hamba Allah . Alhamdullilah , aku doakan pada hamba allah yang dermakan tafsir ni di panjangkan umur & selamat dunia akhirat & dibalas baik oleh Allah S.W.T . ni bukan nak takbur tapi ainun yang suruh update, ainun ainun aku dah update, comment lahh. hahah :DD . ingatkan yang dapat Tafsir ni anak yatim piatu jee, tiba-tiba dekat belakang tu nama aku terselit bawah nama Siti NurLiani . terkejut makk . malu pun ada sebab semua orang pandangkan , tapi bersyukur pada Allah aku tergolong dari orang-orang yang dapat tafsir Al-Quran . mungkin Allah suruh aku habiskan tafsir tu kot & bawa tafsir tu pergi mana-mana dari cakap benda yang tak berfaedah . heheh . *mengakumengaku . korang nanti satu class kita dapat kot InsyAllah :) . doakan supaya aku dapat habiskan tafsir tu :) amin~




Monday, August 6, 2012

Dato' Lee Chong Wei :)

Dato' Lee chong wei
Assalamualaikum ? hello hello ? . pertama sekali aku ingin ucapkan tahniah kepada hero malaysia iaitu dato' Lee chong wei kerana telah memenangi pingat perak untuk malaysia . walaupun DLCW telah ditewaskan dengan lindan semalam 21-15 , 21-10 , 21-19 . agak sengit permainan dorang . even kita kalah, tapi kita kalah dengan bermaruah :) . tapi memang solute lah dengan DLCW even dia sakit kaki dia still nak bermain. go go go fightingg!! kami 5cita sokong dato ohhhh, sampai buat karangan pun pasal dato . walau bagaimanapun DLCW masih nombor SATU dihati malaysia :) . harap DLCW dapat bermain di olympic yang akan datang . apa apapun DLCW stay healthy & be gentleman & kahwin cepat-cepat. ahahha :) anyway Dato 謝謝 . <3